Jul 01

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ‘ALA KAMPUNG’ PERINGKAT MARKAS TENTERA LAUT KUKUH IKATAN KEKELUARGAAN DAN PERPADUAN THE NAVY PEOPLE

PTL TPTLSuasana Raya..Laksamana Datuk Mohd Reza dan Laksdya Datuk Khairul Anuar
mengacau
dodol di Majlis Sambutan Hari Raya Markas Tentera Laut

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkonsepkan ‘Ala Kampung’ bagi tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di KD SRI GOMBAK hari ini. Menjadi tradisi setiap kali pada musim perayaan Aidilfitri, TLDM tidak ketinggalan dalam menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri.

Suasana sambutan amat meriah dengan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada the Navy People bersama ahli keluarga, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mantan-mantan Pucuk Pimpinan Tertinggi TLDM serta pesara-pesara dari jauh dan dekat. Simboliknya, rumah terbuka seumpama ini menjadi medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuhkan lagi hubungan kekeluargaan, silaturahim dan dilihat sebagai jambatan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan dan ikatan perpaduan dalam kalangan tetamu yang hadir.

Fenomena seperti ini amat dititikberatkan oleh Pucuk Pimpinan Tertinggi TLDM agar sistem kekeluargaan sentiasa wujud dalam kalangan the Navy People demi kesejahteraan. Tanpa konsep rumah terbuka yang dilaksanakan pada setiap tahun ini, hubungan silaturahim dan perpaduan akan pudar sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang dari pandangan generasi akan datang.

Selaku tuan rumah, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany dan isteri baliau, YBhg Datin Maslina bte Ismail begitu ceria melayani tetamu yang hadir seramai lebih kurang 13,000 pada sambutan kali ini. Kanak-kanak turut menerima sumbangan duit raya daripada Panglima Tentera Laut dan isteri.

Penganjuran Rumah Terbuka Markas Tentera Laut pada hari ini telah meninggalkan impak yang penuh dramatik dalam kalangan tetamu yang hadir lebih-lebih lagi apabila masing-masing dapat bertemu semula dengan rakan-rakan yang telah lama terpisah. Yang jelas, pertemuan manis ini dapat mengimbau kembali kenangan mereka semasa berkhidmat satu ketika dulu. Realitinya, majlis hari ini menyimpul memori yang amat bermakna untuk dikenang oleh para tetamu yang hadir dan ia sangat dirasai sehingga ke akhir majlis.

Secara tidak langsung, tradisi rumah terbuka ini memberikan makna mendalam kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini dan sekaligus menterjemahkan erti perpaduan yang telah pun wujud khususnya dalam kalangan the Navy People sejak sekian lama.

Sumber : CAWANGAN KOMUNIKASI STRATEGIK MARKAS TENTERA LAUT

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 01 Julai 2019 04:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 501

Bulan ini 8692

Keseluruhan 574938

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM