Jul 03

MAJLIS PERASMIAN EKSESAIS KERISMAS 26/2019 DAN EKSESAIS TAMING SARI 19/2019 OLEH PANGLIMA TENTERA LAUT

KERISMASPanglima Tentera Laut Bergambar Bersama Peserta Eksesais

KUANTAN, 2 Jul – Majlis Pembukaan Eksesais KERISMAS 26/2019 dan Taming Sari 19/2019 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany bertempat di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1, Kuantan. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah.

Eksesais KERISMAS 26/2019 merupakan latihan Intra TLDM yang terbesar melibatkan aset-aset Armada TLDM dan dibantu oleh aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Eksesais dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) selama tiga minggu di perairan Laut China Selatan.

Objektif utama Eksesais KERISMAS adalah untuk menguji tahap kesiagaan armada meliputi seluruh aspek operasi mahupun taktikal. Pelbagai evolusi dan siri latihan di laut telah dirancang di sepanjang eksesais ini

Dalam ucapan perasmian, Panglima Tentera Laut telah menekankan kepentingan eksesais ini untuk menguji ketahanan dan keselamatan Armada TLDM dalam melaksanakan operasi maritim secara berterusan. Di samping itu beliau berharap agar the Navy People dapat mempelajari dan menambah pengetahuan serta kemahiran dalam konteks pelaksanaan operasi maritim.

Beliau juga telah mengingatkan semua warga dan unit yang terlibat agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan melaksanakan latihan dengan baik tanpa sebarang insiden.

Artikel : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Rabu, 03 Julai 2019 01:00

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM