Jul 16

EKSESAIS KERISMAS 26/2019 DAN EKSESAIS TAMING SARI 19/2019 MEDAN UJI KESIAPSIAGAAN DAN KEUPAYAAN ARMADA TLDM

Tahniah TLDMTahniah TLDM!! Penembakan peluru berpandu EXOCET MM40 Block II
dari KD KASTURI berjaya

KUANTAN, 16 Julai – Kejayaan penembakan peluru berpandu EXOCET MM40 Block II dari KD KASTURI dan Sea Skua dari Pesawat SUPER LYNX dalam Eksesais Taming Sari 19/2019 di Perairan Laut China Selatan membuktikan kesiagaan TLDM di tahap tertinggi sejak penembakan terakhirnya sempena Eksesais Taming Sari 2014.

Kejayaan penembakan ini telah disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany yang berada di KD JEBAT sebagai platform VIP.

Eksesais TAMING SARI 19/2019 ini adalah kemuncak eksasis bagi Eksesais KERISMAS 26/2019 yang melibatkan aset-aset Armada TLDM dan mula dilaksanakan pada 1 Julai dan akan berakhir pada 18 Julai 2019.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Rabu, 17 Julai 2019 00:48

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 281

Semalam 496

Bulan ini 10106

Keseluruhan 590032

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM