Jul 23

SAMBUTAN PENTAULIAHAN KD SRI SEMPORNA KE-14 RINGKAS DAN MERIAH

KD SRI SEMPORNAWarga KDSM membentuk formasi sauh bertemakan 14 tahun pentauliahan

SEMPORNA, 17 Jul – KD SRI SEMPORNA Unit 2 PASKAL kini berusia 14 tahun pentauliahannya sejak pasukan ini ditubuhkan pada 12 Jul 05 oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu. Unit kedua PASKAL ini ditubuhkan dengan mengambil objektif utama untuk meningkatkan daya tempur Pasukan Khas Laut TLDM bagi menangani isu-isu keselamatan dan pergolakan semasa di kawasan timur Sabah yang berdekatan dan bersempadan dengan perairan Filiphina serta Indonesia. Disamping itu, KD SRI SEMPORNA juga berupaya memberi bantuan kepada kapal-kapal TLDM dan unit-unit perkhidmatan ATM dan Agensi Penguatkuasa Maritim yang lain bagi memenuhi keperluan Dasar Pertahanan Negara.

Sambutan HUT ke-14 KD SRI SEMPORNA dimulakan dengan Istiadat Perbarisan bersempena dengan hari pentauliahan. Perbarisan telah diketuai oleh Lt Mohd Harith Faeez bin Abd Aziz sebagai Pegawai Perbarisan manakala PW II JJM (PKL) Wan Ibrahim bin Wan Ismail dilantik sebagai Pegawai Waren Perbarisan. Perbarisan berkekuatan 4 platun ini turut dimeriahkan lagi dengan simbolik perasmian yang telah disempurnakan oleh Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM, Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA.

Sambutan seterusnya diteruskan dengan Bicara Command on Deck dan sesi Pemotongan Kek Ulang Tahun yang dilaksanakan di Dewan Nusalanong, Wisma Semporna. Selain itu, majlis turut diserikan lagi dengan sesi penghargaan kepada warga pasukan yang diraikan. Secara keseluruhannya, sambutan HUT pasukan kali ini dilihat ringkas namun meriah.

Sumber  : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 - Sel Perhubungan Raya KD SRI JOHOR
Artikel    : Lt Dya Muhammad Haziq bin Sharifuddin TLDM
Foto       : LK II KOM Muhammad Fadhli Hisyam bin Khoridan

Last modified on Selasa, 23 Julai 2019 03:54

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 286

Semalam 476

Bulan ini 8237

Keseluruhan 601833

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM