Ogs 08

FAIR WINDS AND FOLLOWING SEAS (FWFS) RAI BAKAL PESARA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) LEMBAH KLANG

Fair Winds and Following SeasJasamu Dikenang! Pesara yang dirai merakam kenangan
bersama Pengurusan Tertinggi Tentera Laut

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Majlis Jasamu Dikenang 'Fair Winds and Following Seas' (FWFS) merupakan acara tahunan bagi meraikan para pesara yang telah menyumbang bakti dengan penuh komited sepanjang berkhidmat bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran perairan maritim Negara.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany. Beliau turut menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pesara yang hadir. Beliau menyifatkan bahawa setiap inci daripada warga Navy People yang berkhidmat merupakan modal insan terpenting dan menjadi tulang belakang bagi perkhidmatan dalam mencapai kecemerlangan serta mendokong hala tuju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya yang boleh dibanggakan sehingga ke hari ini.

Seramai 142 pesara Anggota Lain-lain Pangkat TLDM dari kawasan Lembah Klang dan Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang telah bersara semenjak Julai 2018 sehingga Jun 2019. Diharapkan , pelbagai ilmu dan pengalaman berharga yang diperolehi sepanjang berkhidmat bersama TLDM dapat dikongsikan bersama Navy People yang lain selain dimanfaatkan dalam kehidupan atau kerjaya selepas tamat perkhidmatan kelak. Pesara TLDM juga disarankan agar menjaga imej dan nama baik TLDM meskipun telah tamat perkhidmatan dan berbanggalah kerana anda semua merupakan sebahagian daripada warga Navy People walaupun telah bergelar veteran.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Yang Berhormat Laksamana Pertama Senator Haji Mohamad Imran (Bersara), Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahaya dan Pegawai-pegawai Kanan TLDM sekitar Lembah Klang.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 08 Ogos 2019 09:40

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 282

Semalam 496

Bulan ini 10107

Keseluruhan 590033

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM