Ogs 08

PROGRAM JIWA MURNI PROTELA LUMUT DI KOMPLEKS PRASEKOLAH (KEMAS) PANGKALAN TLDM LUMUT

Program Jiwa Murni PROTELA LumutWarga PROTELA Lumut dan KEMAS Pangkalan TLDM bergambar kenangan
bersama Asisten Marsyal Provos PROTELA Lumut

LUMUT, 8 Ogos – Bertempat di Kompleks PraSekolah (KEMAS) Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsung Program Jiwa Murni bersama warga PROTELA Lumut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Asisten Marsyal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM. Turut hadir Pegawai Laksana (XO) Lt Kdr Mohd Asuwadi bin Mat Yacob TLDM, Pegawai-pegawai serta warga PROTELA Lumut.

 

Asisten Marsyal Provos juga menanam pokok sebagai simbolik perasmian program tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti membersihkan sekitar kawasan sekolah dan membaiki perlaratan permainan. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anggota, guru-guru dan kanak-kanak Tabika KEMAS.

Ucapan penghargaan dari AMP kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar acara sebegini akan terus menjadi `tradisi` bagi warga PROTELA Lumut.

Sumber : Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Last modified on Khamis, 08 Ogos 2019 08:53

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 275

Semalam 368

Bulan ini 9222

Keseluruhan 614875

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM