Ogs 08

PERSATUAN BADMINTON TLDM KEKALKAN KEJUARAAN 12 TAHUN BERTURUT-TURUT

SKUAD BADMINTON TLDM ISG19Laksma Anuar bin Mohamed bersama Pegawai dan atlet-atlet badminton TLDM 

KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Kejohanan Badminton Antara Perkhidmatan (ISG) 2019 telah berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos 19, bertempat di Dewan Komuniti Batu Muda, Kuala Lumpur anjuran Tentera Darat Malaysia. Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut :

Johan : Tentera Laut Diraja Malaysia

Naib Johan : Tentera Darat Malaysia

Ketiga : Tentera Udara Diraja Malaysia

Persatuan badminton TLDM telah muncul juara sekaligus mengekalkan kejuaraan buat kali ke-12 berturut-turut. Semua atlet yang bertanding telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan beraksi cemerlang.

Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Lt Jen dato' Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan TDM, Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan. Turut hadir menyaksikan acara tersebut, Pengerusi JES TLDM Laksma Anuar bin Mohamed yang mana kehadiran beliau sedikit sebanyak telah menaikkan semangat para atlet yang bertanding di pentas akhir.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan atlet badminton TLDM atas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah unit yang telah memberi pelepasan kepada atlet-atlet TLDM.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

Sumber : Lembaga Kawalan Sukan (LEKAS) TLDM
Artikel   : Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim

Klik ke galeri

Read 1176 times Last modified on Khamis, 08 Ogos 2019 15:26

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 275

Semalam 368

Bulan ini 9222

Keseluruhan 614875

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM