Ogs 14

MTA 2019 KUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA

MTA RMN USN 19Jalinan kerjasama diperkukuh dengan MTA TLAS-TLDM 2019

LUMUT, 14 Ogos – Majlis Pembukaan ‘Maritime Training Activity’ (MTA) RMN-USN 2019 telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah serta disaksikan oleh Panglima Penguasa Maritim Pasifik, Laksamana Madya Linda L.Fagan di Tambatan Pangkalan Lumut hari ini.

MTA TLDM-TLAS 2019 ini telah bermula pada 13 sehingga 18 Ogos 19. Eksesais selama enam hari ini akan dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut dan di sekitar Selat Melaka. Eksesais kali ini merangkumi pelbagai acara termasuklah acara pembukaan, sukan persahabatan, Pertukaran Pakar Subjek atau Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Field Training Exercise (FTX).

Panglima Armada Barat dalam ucapan beliau menekankan kepentingan program seumpama ini untuk terus dilaksanakan. Menarik kali ini, ia turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan United States Coast Guard (USCG). Menurut beliau, MTA TLDM-TLAS ini dilihat sebagai satu inisiatif bagi hubungan ketenteraan dua hala serta agensi penguatkuasaan maritim untuk terus memperkukuh kerjasama and menjalin integrasi dalam mempertingkat kestabilan serantau dan keselamatan maritim.

Eksesais kali ini melibatkan seramai hampir 300 hadirin dan beberapa aset TLDM seperti KD LEKIU, KD GAGAH SAMUDERA manakala Maritim Malaysia akan diwakili KM MARLIN. Aset TLAS dan USCGS yang akan terlibat pula adalah USS MONTGOMERY, USNS SALVOR dan USCGS STRATTON.

Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke kapal USS MONTGOMERY, USCGS STRATTON dan di sekitar unit Pangkalan yang mengambil bahagian dalam MTA TLAS-TLDM 2019.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Rabu, 14 Ogos 2019 08:39

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 287

Semalam 476

Bulan ini 8238

Keseluruhan 601834

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM