Ogs 22

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT ANALISIS SAINS FORENSIK, JABATAN KIMIA MALAYSIA

Lawatan PROTELA MkTLPegawai dan Anggota PROTELA MKTL yang terlibat bergambar kenangan 
bersama Pegawai Jabatan Kimia Malaysia 

15 Ogos - Provos Tentera Laut (PROTELA) dari Markas Tentera Laut telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia. Lawatan ini disertai seramai 15 orang pegawai dan anggota PROTELA yang diketuai oleh Marsyal Provos Kept Abd Hamid bin Ali TLDM.

Peserta telah diberi taklimat khas tentang sejarah penubuhan, visi dan misi serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia. Diikuti dengan sesi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Cik Farah Idwani binti Abd Rahman. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai dan anggota berkaitan Bahagian Narkotik, Toksikologi dan Pemeriksaan Dokumen. Bahagian Narkotik menjalankan analisis dadah atau bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan dadah haram di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memeriksa peralatan, Toksikologi menjalankan analisis dalam pengesanan racun di dalam specimen biologi bagi tujuan penguatkuasaan manakala Bahagian Pemeriksaan Dokumen menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dokumen seperti pemeriksaan tulisan tangan, pemalsuan tandatangan dan pengubahan dokumen.

Seterusnya para peserta lawatan dibawa melawat ke beberapa makmal seperti makmal Bahagian Narkotik, Bahagian Toksikologi dan Bahagian Pemeriksaan Dokumen. Di Bahagian Toksikologi misalnya, peserta lawatan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai analisis alkohol dalam darah, air kencing, dadah merbahaya dalam bendalir badan dan racun berjadual.

Aktiviti lawatan ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh peserta kerana berpeluang untuk meneroka pengetahuan baru dan ianya memberi pelbagai impak positif kepada kami yang terlibat dengan bidang penguatkuasaan. Lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada wakil dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Vanitha Kunalan.

Sumber : Provos Tentera Laut (PROTELA) Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Ahmad Muslihin bin Mohamad Umbaidah TLDM 

Last modified on Khamis, 22 Ogos 2019 14:01

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 286

Semalam 476

Bulan ini 8237

Keseluruhan 601833

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM