Sep 06

KD PERAK BERJAYA MENJALANI LATIHAN PENYESUAIAN LAUT (LPL) DAN LAYAK BEROPERASI

KD PERAKPenyampaian Sijil oleh Pangsiaga kepada PM KD PERAK

LUMUT, 5 Sep - KD PERAK telah berjaya menjalani Latihan Penyesuaian Laut (LPL) dengan jayanya. Latihan ini telah dilaksanakan mulai 14 Ogos sehingga 4 Sep 19 bertempat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) dan Tambatan Pangkalan Lumut (TPL). Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan LPL ini bagi menentukan tahap kesiagaan sumber manusia dan kapal berada di tahap kesiagaan yang tinggi.

Latihan Penyesuaian Laut yang dirancang ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kesiagaan warga dalam tatacara serta prosedur pengendalian evolusi di laut merangkumi keseluruhan aspek tugas dan peranan kapal. Antara aktiviti LPL merangkumi perkara seperti Taklimat LPL, Pemeriksaan Staf di Pelabuhan dan di Laut, Latihan Fasa Pelabuhan, Latihan Fasa Laut, Penilaian Janggal dan Penilaian Kesiagaan Operasi.

Latihan Fasa Laut telah diadakan di perairan Kota Kinabalu dan pelayaran ke TPL dengan mempraktikkan semua evolusi am bersesuaian dengan peranan kapal. Semua evolusi yang dilaksanakan perlu mematuhi prosedur dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Piawaian masa untuk setiap evolusi adalah seperti yang terkandung dalam Fleet Operational Standard (FOS) dan sepanjang tempoh fasa ini, kapal belayar dengan kapal pengiring bersesuaian dengan rancangan latihan.

Seterusnya, Penilaian Kesiagaan Operasi atau dikenali Operational Readiness Evaluation (ORE) telah dilaksanakan di akhir program LPL. ORE adalah bertujuan untuk menilai pencapaian kesiagaan keseluruhan operasi kapal sebelum kapal dikategorikan sebagai layak ataupun tidak layak beroperasi. Antara latihan yang dilaksanakan semasa ORE adalah seperti Laluan Bebas Periuk Api, Manuvra Taktis, Penembakan Meriam 76mm dan 30mm, MKMA, ECCD, Orang Jatuh Laut, Pemindahan Jackstay Ringan, Menggeledah dan Bersauh secara Formasi. Secara keseluruhan, KD PERAK telah dapat melaksanakan latihan yang dirancang dengan baik.

Penilaian Kesiagaan Operasi telah dinilai dan KD PERAK berjaya memperolehi pencapaian markah 3.92 mengikut SSR (78.4 peratus) dan layak beroperasi sepenuhnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga KD PERAK.

Sumber : Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 06 September 2019 07:48

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 286

Semalam 476

Bulan ini 8237

Keseluruhan 601833

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM