Sep 10

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-62 PERINGKAT KEBANGSAAN

TLDM MerdekaKontinjen TLDM segak berjalan lalu 

PUTRAJAYA, 31 Ogos - Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2019 amat dirasai dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum dan usia membanjiri Dataran Putrajaya serta diraikan dengan penuh semangat patriotik.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar telah berangkat menghadiri sambutan yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

TLDM turut menyertai perbarisan tahun ini melalui penglibatan kontijen yang terdiri daripada 3 pegawai, 357 anggota dari pelbagai kepakaran yang diketuai oleh Komander Ir. Eng Keng Lip TLDM. Aset-aset turut diperagakan agar masyarakat dapat menghayati peranan TLDM khususnya dan ATM amnya dengan lebih dekat lagi.

Seramai 210 warga veteran dari Persatuan Veteran ATM serta veteran perang yang tercedera turut menyertai perbarisan tahun ini.

Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia turut hadir di Putrajaya termasuk Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad

Last modified on Selasa, 10 September 2019 06:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 513

Semalam 497

Bulan ini 9004

Keseluruhan 629003

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM