Sep 12

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 2019

Istiadat Mengarak Panji PanjiKDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memeriksa perbarisan 

PUTRAJAYA, 12 Sep – Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berlangsung hari ini di Dataran Pahlawan Negara dengan penuh tradisi ketenteraan.

Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah bercemar duli ke istiadat yang berlangsung sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebanyak empat kontijen telah terlibat dalam istiadat yang membawa lima Panji-panji Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong iaitu Panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pegawai Memerintah RAMD, Lt Kol Ahmad Muzaimi bin Hj Mohd Ali mengetuai perbarisan yang melibatkan 22 pegawai dan 550 anggota lain-lain pangkat dan diiringi oleh gabungan pancaragam pusat ATM di bawah pimpinan Mej Muhammad Nor Azizan bin Yahya.

Turut hadir barisan pemimpin negara yang diketuai YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri; Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu dan timbalan YB Senator Tuan Liew Chin Tong serta Pihak Pengurussan Tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan termasuk Panglima Angkatan Tentera dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohamad Hafefzul bin Abd. Zani

Last modified on Jumaat, 13 September 2019 07:30

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 99

Semalam 506

Bulan ini 8220

Keseluruhan 613873

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM