Sep 17

SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI DEWAN PERPADUAN KUCHING SARAWAK 2019

Sambutan Hari MalaysiaUpacara Penyerahan Bendera Jalur Gemilang Oleh TYT Sarawak 

KUCHING, 16 Sep - Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. PWTL Kuching telah diberi penghormatan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri Sarawak untuk mewakili TLDM sebagai Kontijen Pembawa Bendera Jalur Gemilang seterusnya menyempurnakan upacara menaikkan Bendera Jalur Gemilang. Raptai bermula pada 13-15 Sep 19 yang lalu melibatkan kontijen TLDM yang terdiri daripada 1 x Pegawai TLDM, 1 x Pegawai PSSTLDM Kuching, 2 x Bintara, 1 x Bintara PSSTLDM Kuching, 6 x anggota LLP dan 2 x anggota PSSTLDM Kuching. Acara Sambutan Hari Malaysia tersebut bermula seawal jam 1700H.

Sambutan ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dif-dif Kehormat iaitu Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, TYT Sarawak, Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Menteri Pertahanan, menteri-menteri di jabatan menteri serta pelbagai agensi yang terlibat. Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayub juga turut hadir sebagai wakil tertinggi TLDM dalam acara tersebut.

Simbolik penyerahan Bendera Jalur Gemilang oleh TYT Sarawak kepada Lt Muhammad Dzulfieka bin Mohd Yusof TLDM disempurnakan dengan upacara menaikkan Bendera Jalur Gemilang oleh kontijen TLDM yang terlibat.

Sambutan ini turut diwarnai dengan pelbagai acara seperti Koir, tarian pelbagai kaum dari Negeri Sarawak dan Sabah serta tayangan video semasa pembentukan Negeri Sarawak semasa menyertai Negara Malaysia.

Sumber : PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto      : LK I PRL Faizal Lubis

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 23 September 2019 08:32

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 97

Semalam 506

Bulan ini 8218

Keseluruhan 613871

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM