Sep 27

PERBARISAN HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-86

Gambar UtamaKontinjen perbarisan bergambar kenangan dalam formasi huruf ATM
bersama Panglima Angkatan Tentera dan barisan pemimpin ATM

LUMUT, 27 Sep – Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-86 telah berlangsung buat julung kalinya hari ini di padang kawad KD PELANDOK dan disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’, perbarisan hari ini berkonsepkan Perbarisan Tempur dengan penglibatan 54 pegawai dan 868 anggota lain-lain pangkat ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Kdr Yusman bin Dermawan TLDM mengetuai 12 kontinjen Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 3 kontinjen wanita setiap perkhidmatan.

Selesai pemeriksaan perbarisan, telah dilaksanakan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara dan Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera serta penyampaian Hadiah Siaga Panglima Angkatan Tentera 2019, Anugerah Inovasi dan hadiah pemenang Special Forces Challenge  2019. Turut berlangsung pelantikan Sarjan Mejar Regimen ATM dan Sarjan Mejar Istiadat ATM.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany sebagai tuan rumah hadir bersama barisan pemimpin ATM termasuk Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Udara.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 27 September 2019 08:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 100

Semalam 506

Bulan ini 8221

Keseluruhan 613874

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM