Okt 01

KD SRI SEMPORNA RAIH TEMPAT KE-3 KEJOHANAN BOLA SEPAK 9-SEBELAH

PBS KDSMPasukan Bola Sepak KD SRI SEMPORNA berjaya merangkul tempat ketiga
Kejohanan Bola Sepak 9-Sebelah anjuran Koperasi MRSM BHD

SEMPORNA, 28 Sep – Bertempat di Maktab Rendah Sains MARA Semporna, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak 9-Sebelah anjuran Koperasi MRSM Semporna Bhd. Kejohanan Edisi kedua pada tahun ini menyaksikan sebanyak 10 pasukan mendaftarkan diri di dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan telah dimulakan seawal 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 6.00 petang. Pasukan Bola Sepak KD SRI SEMPORNA telah menghantar 2 pasukan bagi kejohanan tersebut, menyaksikan salah satu daripadanya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan meraih tempat ke-3 dengan menewaskan pasukan dari Jabatan Bekalan Air daerah Semporna.

Pasukan telah membawa pulang Sijil Penyertaan dan Medal bagi setiap pemain. Kejohanan secara keseluruhannya berlangsung dengan baik. Pegawai Memerintah berharap agar kerjasama sukan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Sumber : KD SRI SEMPORNA

Read 75 times Last modified on Selasa, 01 Oktober 2019 05:25

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 107

Semalam 506

Bulan ini 8228

Keseluruhan 613881

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM