Okt 02

KARNIVAL HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2019 TARIK LEBIH 80 RIBU PENGUNJUNG

Karnival Hari ATM86Karnival Hari ATM 2019 meriah dengan lebih 80 ribu pengunjung

LUMUT, 29 Sep - Karnival Hari ATM 2019 telah berlangsung buat julung kalinya di Pangkalan TLDM Lumut bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-86.

Dengan tema 'Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada, karnival tersebut telah dirasmikan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin. Karnival selama dua hari ini telah menarik minat lebih 80 ribu orang untuk hadir, melebihi sasaran 70 ribu pengunjung yang ditetapkan oleh penganjur.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti demonstrasi Pasukan Khas ketiga-tiga perkhidmatan ATM, pertunjukan udara oleh pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pameran aset-aset ketenteraan, pertandingan Eco Challenge dan memancing. Pengunjung juga berpeluang melawat kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta menaiki boat ride di sekitar jeti pangkalan.

Orang ramai yang hadir bukan sahaja akan terhibur malah pada masa yang sama dapat mempelajari dunia ketenteraan sebenar yang penuh dengan peranan dan tanggungjawabnya tersendiri dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan Negara.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany sebagai tuan rumah hadir bersama panglima perkhidmatan yang lain - Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.

Sumber : Bahagian Ehwal Awam - J7 Markas ATM

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 02 Oktober 2019 06:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 108

Semalam 506

Bulan ini 8229

Keseluruhan 613882

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM