Okt 07

PERBARISAN TAMAT LATIHAN PERAJURIT MUDA TLDM PENGAMBILAN 219/19

POP 32Segak bergaya! Perajurit Muda mengabadikan kenangan bersama
Timbalan Panglima Tentera Laut dan barisan Pegawai Kanan TLDM yang hadir

TANJUNG PENGELIH, 6 Okt - Kumpulan Perajuri Muda (PtM) terbaharu TLDM daripada pengambilan 219/19 telah berjaya menamatkan latihan asas dan hari ini diraikan kejayaan tersebut dalam satu Perbarisan Tamat Latihan di padang kawad KD SULTAN ISMAIL.

Perbarisan yang melibatkan 577 pelatih lelaki dan 70 pelatih wanita telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya selaku Laksamana Pemeriksa.

Selama enam bulan kumpulan PtM ini telah dilatih dengan asas ketenteraan dan pembentukan peribadi agar mematuhi arahan yang diberikan, berkeyakinan, berdisiplin dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Selesai latihan di KD SULTAN ISMAIL, mereka akan menjalani latihan lanjutan mengikut kepakaran masing-masing di KD PELANDOK.

Perbarisan hari ini juga meraikan kecemerlangan pelatih pengambilan 219/19 di dalam beberapa aspek penting. LM Muhammad Nor Akmal bin Ahmad Jamil dan LM Intan Nur Nabilah binti Akmaruddin masing-masing telah memenangi Anugerah Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki dan Wanita, manakala Divisyen Hulubalang dinobatkan sebagai Divisyen Terbaik Keseluruhan bagi pengambilan ini.

Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pelatih dan penghargaan kepada ibu bapa dan jurulatih-jurulatih yang terlibat atas dorongan, inspirasi dan sokongan kepada PtM sehingga mereka berjaya menamatkan latihan mereka.

Sumber : Cawangan Perhubungan Awam MPPL
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 07 Oktober 2019 07:11

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 362

Bulan ini 7685

Keseluruhan 641901

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM