Okt 07

OLD FROG SABAH MERIAHKAN SAMBUTAN HUT KE-37 PASKAL DI SEMPORNA

WARGA PASKAL BERGAMBAR KENANGANPegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA bergambar kenangan
bersama warga V-PASKAL

SEMPORNA, 1 Okt– Sambutan Hari Ulang Tahun ke-37 Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah dilaksanakan secara ringkas di KD SRI SEMPORNA. Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para Vateran PASKAL Cawangan negeri Sabah. Sejumlah 18 orang Vateran PASKAL telah melibatkan diri dan memeriahkan lagi sambutan HUT ke-37 PASKAL pada kali ini. Kehadirian Vateran PASKAL ke pasukan dilihat Bagai Sirih Pulang ke Gagang.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang sambutan HUT ini dilaksanakan. Program yang berlangsung sejak 29 Sep 19 ini telah mengeratkan lagi keakraban warga PASKAL dan Vateran. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah latihan fizikal, sukan bola tampar, majlis bacaan Yassin, menembak pistol dan lawatan ke pulau-pulau berhampiran.

Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA, Kepten Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM memaklumkan di dalam ucapannya, Kematangan usia 37 tahun PASKAL ini ditubuhkan telah berjaya mempamerkan kredibiliti sebagai sebuah organisasi pasukan elit yang disegani di rantau ini. Beliau turut berharap agar warga Vateran PASKAL sentiasa menyokong dan menyumbangkan sebarang idea yang memberi impak positif kepada kesejahteraan PASKAL itu sendiri.

Sumber : KD SRI SEMPORNA

Last modified on Isnin, 07 Oktober 2019 07:06

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 101

Semalam 506

Bulan ini 8222

Keseluruhan 613875

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM