Okt 09

KD SRI SEMPORNA RAIKAN HARI PENGHARGAAN WARGA SUKU TAHUN KETIGA 2019

LK I BDI ALIFLK I BDI Alif dianugerakan sebagai Laskar Terbaik bagi suku tahun ketiga 

SEMPORNA, 7 Okt – Telah berlangsungnya secara ringkas, Majlis Penghargaan Warga bagi KD SRI SEMPORNA (KDSM) bagi suku tahun ketiga 2019 bertempat di Dewan Nusalanong, Wisma Semporna. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Kepten Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM.

Majlis kali ini dilaksanakan bersempena dengan pemakaian pangkat anggota, penyampaian sijil Bintara, Laskar dan Staf Awam berkualiti, Penghargaan penyertaan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah dan Pelancaran Baju Ekspedisi mendaki gunung kinabalu.

Di dalam majlis ini juga, Kepten Nazree telah mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di dalam bidang masing-masing selain mendoakan kejayaan kumpulan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu. KDSM akan melaksanakan pendakian Gunung Kinabalu bermula 8 hingga 11 Okt 19.

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Muhammad Haziq bin Sharifuddin TLDM
Foto      : LK I TLR Mohd Asnawi bin Aminuddin

Last modified on Rabu, 09 Oktober 2019 10:48

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 103

Semalam 506

Bulan ini 8224

Keseluruhan 613877

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM