Okt 09

KURSUS MARITIME LOGISTICS WARFARE SIRI 1/19

MALLOWAMajlis Penutup MALLOWA Siri 1/19 disempurnakan oleh AKS Materiel

LUMUT, 9 Okt – Majlis penutup bagi Kursus Maritime Logistics Warfare Siri 1/19 telah diadakan di Auditorium Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR), Pangkalan TLDM Lumut. Seramai 20 peserta yang terdiri daripada Kdr TLDM dan ke bawah hadir bagi menyertai kursus ini. Kursus yang berlangsung dari 7 hingga 9 Okt ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Materiel, YBhg Laksamana Pertama Affenddy bin Suhaimi pada 7 Okt dan ditutup secara rasminya oleh Asisten Ketua Staf Materiel, YBhg Laksamana Muda Datuk Haji Mohd Ridzuan bin Hamzah.

Kursus ini merupakan sebahagian daripada siri kursus yang dirancang dalam Rancangan Latihan TLDM 2019 dan bertujuan untuk memberi peluang kepada Pegawai Bekalan bagi memahami kaedah pelaksanaan dan kepentingan Bantuan Logistik TLDM semasa pengoperasian di laut dan persiapan ketika konflik pada masa hadapan.

Kursus sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan menjadi titik permulaan dalam memperkasakan lagi pengetahuan dan perancangan Bantuan Logistik semasa operasi mahupun eksesais.

Artikel : Lt Kdr Husnein Aras bin Abdul Azim TLDM

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 10 Oktober 2019 00:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 372

Semalam 362

Bulan ini 7689

Keseluruhan 641905

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM