Okt 10

BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN ANJUR KURSUS JURUIRING

Kursus LiasonSyarahan disampaikan di Balai Dewan Di-Raja oleh Pensyarah jemputan
YBhg Brig Jen (B) Dato’ Mohd Ariffin bin Yacob

KUALA LUMPUR, 23 Sep – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) buat julung kalinya telah menganjurkan Kursus Juruiring / Liaison Officer (LO) yang melibatkan seramai 22 orang Pegawai TLDM dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM). Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan tentang tugas dan peranan juruiring.

Kursus ini dirancang dengan pengisian ilmiah yang perlu sebagai seorang juruiring. Peserta sangat bertuah kerana pengisian tersebut disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman seperti Kept (K) Ahmad Ramli bin Kardi PSSTLDM, Juruiring kepada DYMM Sultan Selangor, Timbalan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Istana Alam Shah dan YBhg Brig Jen (B) Dato’ Mohd Ariffin bin Yacob yang menerangkan berkenaan tugas dan tanggungjawab juruiring serta adat istiadat dan protokol yang melibatkan Institusi Diraja. Peserta juga diberi pendedahan kepada elemen kemahiran personaliti yang disampaikan oleh Lt Mohd Izwan Azir bin Mohd Salleh PSSTLDM yang merupakan bekas personaliti TV3.

Sesi lawatan ke Istana Alam Shah yang merupakan satu-satunya istana yang mendapat Pensijilan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti) Malaysia Book of Records telah memberi satu pengalaman yang berharga kepada peserta kursus. Peserta telah didedahkan tentang sejarah kesultanan melayu serta dapat melihat sendiri suasana dan susun atur istana. Peserta juga diberi penerangan mengenai setiap fungsi tempat didalam istana tersebut.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah mencapai objektif dan telah memberi satu pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna kepada peserta. Kerjasama serta komitmen daripada tenaga pengajar telah menyuntik motivasi positif kepada peserta kursus. TLDM amnya dan Bahagian Pasukan Simpanan khasnya amat berbangga dengan pelaksaan dan pencapaian kursus ini.

Sumber : Bahagian Pasukan Simpan Markas Tentera Laut
Artkel    : Lt M Farah Idayu binti Azizi PSSTLDM
Foto      : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Khamis, 10 Oktober 2019 23:52

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 513

Semalam 497

Bulan ini 9004

Keseluruhan 629003

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM