Okt 13

LAWATAN ULUNG PANGLIMA ARMADA BARAT KE MAWILLA 3

PAB melakukan pemeriksaan perbarisanLaksdya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah ketika memeriksa perbarisan

LANGKAWI, 10 Okt – Buat julung kalinya, Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah telah melaksanakan Lawatan Ulung di Markas Wilayah Laut 3 semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan Armada Barat pada 24 Jun 19 yang lepas. Lawatan ini telah dimulai dengan Istiadat Perbarisan di Padang Kawad KD SULTAN BADLISHAH. Perbarisan telah diketuai oleh Lt Kdr Mohd Hazfanizam bin Razali TLDM bersama tiga platun dan satu platun bantuan tambor daripada 6 RAMD.

Selesai Istiadat Perbarisan, Panglima Armada Barat menuju ke Bilik Mesyuarat Markas untuk Sesi Taklimat Jabatan yang disampaikan oleh Pemangku Panglima Wilayah Laut 3, Kept Hj Mohd Redzuan bin Hj Talib. Lawatan Panglima Armada Barat telah bermula di bangunan Markas dan menumpukan lawatannya di Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 3. Beliau menekankan agar semua warga mengoptimumkan penggunaan Sistem P4 dan X-Band yang telah dilengkapi di Markas ini. Lawatan diteruskan di Blok Penginapan untuk mengetahui tahap ketersediaan dan keselesaan bilik bagi anggota bujang.

Selesai lawatan, Panglima Armada Barat menuju ke Dewan Tun Rahah untuk Majlis Ramah Mesra dan penyampaian amanat kepada semua warga. Memetik kepada ucapan Panglima Armada Barat, beliau amat menekan 4 Nilai Teras dalam TLDM agar disanjung tinggi oleh semua lapisan warga Navy People iaitu Kemulian, Keberanian, Kesetiaan dan Kebanggaan. Selesai sesi ucapan, warga Markas Wilayah Laut 3 berpeluang untuk Makan Tengah Hari dan bergambar bersama Panglima Armada Barat.

Sumber : Perhubungan Awam MAWILLA 3
Artikel   : Lt Mohd Zharif bin Shamsudin TLDM
Foto      : LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin

Klik ke galeri

Last modified on Ahad, 13 Oktober 2019 14:48

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 513

Semalam 497

Bulan ini 9004

Keseluruhan 629003

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM