Okt 13

KDSM PEOPLE KIBARKAN ENSIGN TLDM DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

KDSM kibar ensign di Gunung KinabaluPara peserta melaksanakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu

SEMPORNA, 11 Okt – Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun PASKAL ke-37 yang telah disambut pada 1 Okt 19 yang lepas, KD SRI SEMPORNA telah menjayakan Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu yang berlangsung selama 4 hari bermula 8 hingga 11 Okt 19. Pendakian kali ini dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kerjasama dan pantang menyerah. Ekspedisi ini juga bertujuan memberi pengalaman baharu kepada KDSM People di dalam membina keyakinan diri masing-masing. Pendakian Gunung Kinabalu pada kali ini telah disertai oleh 30 orang warga dimana 7 daripada mereka merupakan wanita.

Ekspedisi sejauh 8.7KM dimulakan sekitar jam 9 pagi di Timpohon Gate sebelum kumpulan ekspedisi bermalam di Panabalan Hut pada jam 3 petang sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu. Baki pendakian sejauh 2.7KM diteruskan pada awal pagi seterusnya sekitar jam 2.30 pagi. Baki pendakian dilihat memberi cabaran kepada semua peserta ekspedisi kerana keadaan muka bumi yang curam selain daripada hujan yang turun semasa pendakian.

Kesemua peserta pendakian Gunung Kinabalu berjaya menamatkan pendakian dan menawan puncak yang berada pada ketinggian 4095m sekitar jam 7 pagi 10 Okt 19. Para peserta dilihat berpuas hati dengan pencapaian masing-masing. Selain itu, para peserta turut meluahkan kegembiraan kerana berjaya menaikkan nama pasukan. Ekspedisi kali ini merupakan rentetan ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu yang telah dilaksanakan pada tahun 2016.

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : LK II JJM Muhammad Adib bin Abd Jalil
Foto      : LK II JJM Muhammad Adib bin Abd Jalil

Last modified on Ahad, 13 Oktober 2019 15:08

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM