Okt 14

PERBARISAN ISTIADAT DAN RAPAT RAKSASA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-83 TYT DI-PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN 2019

Sambutan Hari Lahir TYT Ke 83TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak memotong kek sebagai simbolik
Sambutan Hari Lahir Ke-83

MIRI, 12 Okt – Perbarisan Istiadat dan Rapat Raksasa Sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-83 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2019 telah berlangsung di Stadium Miri, Sarawak. Perbarisan ini terdiri daripada 83 kontinjen dan melibatkan 3 perkhidmatan ATM iaitu daripada TDM, TLDM dan TUDM. Kontijen TLDM seramai 34 orang termasuk anggota PSSTLDM telah diketuai oleh Lt M Azmi bin Kiprawi PSSTLDM.

Kemeriahan sambutan ini dapat dirasai dengan kehadiran warga Miri membajiri stadium bagi sama-sama meraikan Sambutan Hari Lahir TYT. Pelbagai persembahan telah ditonjolkan selain perbarisan dari kontinjen-kontinjen terlibat yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan yang berkhidmat di negeri Sarawak, persatuan-persatuan dan jabatan di dalam negeri Sarawak.

Raptai untuk persediaan perbarisan ini telah bermula daripada 8 Okt 19 hingga 10 Okt 19 di Stadium Miri, Sarawak. Majlis ini turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, menteri-menteri dan dif-dif kenamaan di negeri Sarawak. Pegawai Wakil Tentera Laut iaitu Kdr Jeffrey anak Nerat TLDM dan Pegawai Staf PSTL Kuching iaitu Lt Kdr Ryandal Adrian Andreas TLDM turut hadir dalam majlis tersebut.

Sumber : PWTL Kuching
Artikel   : LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 14 Oktober 2019 09:58

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 513

Semalam 497

Bulan ini 9004

Keseluruhan 629003

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM