Okt 18

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ANGGOTA CEDERA SEMPENA HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-86

Anggota CederaPengurusan tertinggi ATM bergambar bersama anggota yang dirai

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang cedera ketika bertugas diraikan hari ini dalam satu majlis di Wisma Perwira ATM yang disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Majlis kali ini adalah anjuran Bahagian Sumber Manusia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersempena dengan sambutan Hari ATM ke-86. Penganjuran majlis ini pada setiap tahun bertujuan untuk mengenang jasa serta menghargai anggota ATM yang cedera ketika menjalankan tugas operasi di dalam ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara.

Seramai 51 anggota cedera termasuk 9 orang yang masih berkhidmat telah diraikan pada majlis kali ini.

Pengurusan tertinggi ATM yang hadir termasuk Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM. Turut hadir daripada Kementerian Pertahanan Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) dan Dr Karminder Singh Dhillon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhaine PSSTLDM
Foto      : LK PWP Muhammad Zul Akmal bin Ahmad

Last modified on Jumaat, 18 Oktober 2019 10:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM