Okt 23

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PSSTLDM KUCHING

Pemakaian PangkatTahniah! Lt Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM dinaikkan
ke pangkat Leftenan Komander

KUCHING, 21 Oktober 2019 – Telah berlangsung di ruang legar PWTL Kuching, Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai PSSTLDM. Majlis penuh bermakna tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching, Kdr Jeffrey anak Nerat TLDM.

Pemakaian pangkat terdiri daripada 1x Pegawai dan dinaikkan pangkat seperti berikut:

i. NV/8702129 Lt Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Leftenan Komander berkuatkuasa pada 17 September 2019.

Antara intipati ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching, beliau antara lain mengucapkan jutaan tahniah atas kenaikan pangkat tersebut dan berharap dengan kenaikan pangkat itu juga dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha serta berupaya menabur bakti kepada perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh LK PNK Amran Khan Bin Bohari Khan.
Tahniah diucapkan!

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : PKK Syful Mirza bin Alluwie
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan A/L Istriram

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM