Okt 28

KERTAS PUTIH PERTAHANAN ANGKAT PENDAPAT MASYARAKAT

DWPPYB Tuan Haji Mohamad bin Sabu bergambar semasa menghadiri 
Sesi Dialog Perwira Siri Keempat: Kertas Putih Pertahanan

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Sesi Dialog Perwira Siri Keempat: Kertas Putih Pertahanan telah diadakan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur bagi meneruskan kesinambungan sesi dialog terdahulu sebelum dibentangkan di sidang parlimen disember nanti. Menteri Pertahanan berkata, komitmen baharu kerajaan itu bukan sahaja tertumpu kepada anggota tentera tetapi juga merangkumi semua lapisan rakyat pelbagai latar belakang termasuk golongan veteran tentera.

“Tidak dinafikan, masyarakat sivil dan veteren penting serta membawa nilai tambah di dalam pembangunan KPP. Pendapat serta pandangan masyarakat sivil dan veteran vital kerana ia memperlihatkan kepelbagaian kepentingan, nilai dan cita rasa rakyat negara ini yang disampaikan ke pihak atasan terus dari akar umbi”, ujar beliau yang turut merasmikan sesi dialog tersebut.

Dialog kali ini menampilkan seramai 3 orang ahli panel iaitu Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman Mohd Othman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sahipulhijaiman Sulaiman, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pertahanan dan Profesor Madya Dr Kuik Cheng Chwee dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto    : LK PRL Mohd Faisa bin Mamat

Last modified on Isnin, 28 Oktober 2019 02:59

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM