Okt 28

KARNIVAL SUKAN PWTL & PSTL KUCHING 2019

PWTL18PWTL dan PSTL Kuching mengabadikan gambar kenangan

KUCHING, 26 Okt – Bersempena dengan sambutan Bulan Sukan Negara 2019, Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) & PSTL Kuching juga tidak ketinggalan dengan mengadakan Karnival Sukan 2019 yang bertempat di Kompleks Perumahan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Kuching. 

Acara dimulakan seawal jam 0800H yang telah dirasmikan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching, Kdr Jeffrey anak Nerat TLDM. Sejurus perasmian, warga Navy People Kuching bersama-sama memulakan sesi memanaskan badan dengan melakukan senamrobik di perkarangan Kompleks Perumahan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Kuching.

Selesai acara senamrobik, aktiviti diteruskan dengan perlawanan badminton, futsal dan bola tampar mengikut awasan yang telah ditetapkan. Pasukan Awasan Merah yang diketuai oleh PWTL Kuching sendiri, Kdr Jeffrey anak Nerat TLDM, Pasukan Awasan Biru diketuai oleh Lt Kdr Ryandal Adrian anak Andreas TLDM dan Pasukan Awasan Putih yang diketuai oleh Lt Muhammad Dzulfieka bin Mohd Yusof TLDM.

Seramai 96 orang secara keseluruhan warga PWTL & PSTL Kuching termasuk anggota PSSTLDM Kuching telah terlibat dalam Karnival Sukan tersebut yang berlangsung sehingga lewat petang. Karnival telah diadakan adalah untuk menyokong inisiatif dan dasar kerajaan dalam membudayakan aktiviti sukan, sama ada dalam bentuk pertandingan atau riadah di kalangan rakyat. Selain dapat mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, sambutan seperti ini dilihat dapat memupuk dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan warga Navy People Kuching.

Keputusan perlawanan mengikut jenis sukan adalah seperti berikut Awasan Putih telah menjuarai sukan badminton manakala untuk sukan futsal adalah Awasan Biru dan seterusnya sukan bola tampar adalah Awasan Merah. Juara keseluruhan bagi Karnival Sukan 2019 tersebut adalah Awasan Merah.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : PKK Syful Mikrza bin Alluwie
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 28 Oktober 2019 16:44

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM