Nov 04

TENTERA LAUT UNGGULI PENTAS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ATM KE -70

tilawahTentera Laut Diraja Malaysia dinobatkan sebagai johan keseluruhan
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ATM ke-70

KUALA LUMPUR, 30 Okt - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Angkatan Tentera Malaysia ke-70 setelah lapan tahun diungguli Tentera Darat Malaysia. Majlis telah berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, KEMENTAH.

Seramai 15 peserta dari setiap perkhidmatan ATM telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran pada kali ini, dimana warga Navy People telah menjadi johan bagi Kategori Pegawai, Kategori Qariah dan juga Kategori Saudara Muslim (Qari) daripada lima kategori yang dipertandingkan selain kategori Qari dan Kategori Saudara Muslim (Qariah).

Johan bagi Kategori Pegawai dimenangi oleh Lt Mohd Arif bin Soef TLDM yang membawa pulang hadiah piala pusingan dan juga wang tunai sebanyak RM5,000.00. Bagi kategori Qari pula dimenangi oleh wakil TDM, SSJN Muhammad Hasan Basri bin Ahmad manakala Rozaihan binti Razali dari TLDM mengungguli kategori Qariah. BM PGM Muhammad Amin bin Abdullah yang mewakili TLDM dan KPL Nur Hayfa Jesica binti Robert dari TDM dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah bagi kategori Saudara Muslim membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00 dan piala pusingan.

Majlis dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin menyaksikan johan keseluruhan membawa pulang Piala Pusingan. Turut hadir bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi Bin Buang.

Artikel : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto    : LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad

Last modified on Isnin, 04 November 2019 04:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 510

Semalam 497

Bulan ini 9001

Keseluruhan 629000

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM