Nov 04

WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN BUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT

BSN KEMENTAHMembudayakan gaya hidup sihat dalam masyarakat perlu dipupuk
bermula dari institusi keluarga

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Acara kemuncak Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Kementerian Pertahanan berlangsung meriah dengan penglibatan warga Kementerian Pertahanan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali di Padang Kawad Kem KEMENTAH.

Menyokong objektif yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan, sambutan peringkat kementerian pertahanan ini adalah untuk membudayakan warga pertahanan agar sentiasa cergas dan sihat dengan menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin riadah harian. Sambutan pada kali ini menyaksikan aktiviti seperti senamrobik, Fun Walk dan Fun Run selain dimeriahkan lagi dengan aktiviti sukaneka kanak-kanak dan cabutan bertuah bersama warga Kementerian Pertahanan.

Menurut Datuk Seri Mohd Zuki, membudayakan sukan dalam masyarakat perlu dipupuk bermula dari institusi keluarga kita. Aktiviti-aktiviti sihat seperti jogging, berkebun, aktiviti riadah luaran seperti berbasikal, jungle tracking dan sebaginya patut menjadi aktiviti tetap dalam takwim tahunan keluarga. Konsep work life balance amatlah penting bagi menghasilkan individu yang mampu menjadi pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

Turut hadir bersama memeriahkan sambutan ini termasuklah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang dan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM.

Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia
Artikel   : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto      : BK PNK Mohd Khairol bin Che Aziz

Last modified on Isnin, 04 November 2019 04:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM