Nov 05

WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN SERIUS TANGANI RASUAH

Buku AntirasuahYB Mohamad bin Sabu melancarkan Buku Polisi Antirasuah Kementerian Pertahanan
disaksikan oleh Timbalan MenHan, KSU dan kepimpinan tertinggi ATM

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Majlis Perasmian Bulan Integriti 2019 dan pelancaran Buku Polisi Antirasuah Peringkat Kementerian Pertahanan yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan Kementah bertemakan “Integriti Teras Pertahanan Negara”,

Selari dengan halatuju Kementerian iaitu meningkatkan integriti dalam tatacara pengurusan kewangan dan perolehan, tema yang digunakan dilihat bertepatan dengan objektif utama Kementerian Pertahanan iaitu melindungi dan mempertahankan kepentingan negara yang menjadi teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi.

Selain itu, pelancaran Buku Polisi Antirasuah juga merupakan salah satu usaha untuk menzahirkan komitmen setiap warga pertahanan untuk menolak segala bentuk gejala rasuah. Pihak kementerian juga sedang dalam usaha menyediakan Pelan Antirasuah MINDEF bagi memastikan kementerian pertahanan bebas daripada risiko rasuah.

Kementerian Pertahanan juga telah melaksanakan Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-bribery Management System, ABMS) yang telah dipersijilkan oleh SIRIM QAS Sdn.Bhd yang menfokuskan kepada Pengurusan Perolehan, Pengurusan Projek Pembangunan dan pengurusan pelupusan Aset yang merupakan antara skop yang berisiko untuk berlakunya rasuah di Kementerian Pertahanan.

Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia
Artikel   : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto      : LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad

Last modified on Rabu, 06 November 2019 02:16

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM