Nov 14

PEGAWAI TLDM PERTAMA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI CHARTERED FELLOW

WhatsApp Image 2019 11 14 at 2.43.37 PMNavy People pertama menerima Anugerah Chartered Fellow dari CILT 

UNITED KINGDOM, 12 Nov – Kdr Ir. Khairol Nizam bin Mansor TLDM telah mencipta sejarah apabila menjadi Navy People pertama yang menerima anugerah Chartered Fellow daripada Chartered Institute of Logistic And Transport (CILT) United Kingdom.

Anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi CILT United Kingdom, satu badan profesional yang mendokong kegiatan berkaitan logistik dan pengangkutan di seluruh dunia. Terdapat empat kategori keahlian CILT United Kingdom. Sebelum ini, pegawai TLDM mengikuti kursus yang melayakkan mereka menjadi ahli Associate Member dan Chartered Member (CMILT) sahaja.

Penganugerahan ini sedikit sebanyak menjadi satu pengiktirafan yang menaikkan nama TLDM dan boleh dijadikan inspirasi kepada warga Navy People untuk terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.

Bagi pegawai dan anggota TLDM yang berminat untuk mendapatkan pengiktirafan ini, sila layari laman web https://ciltuk.org.uk/.

Sumber : Markas Tentera Laut Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah

Last modified on Jumaat, 15 November 2019 15:21

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 374

Semalam 362

Bulan ini 7691

Keseluruhan 641907

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM