Nov 15

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL ANTARA PERKHIDMATAN 2019

Lumba Basikal ISG2019TLDM dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal ISG2019

MELAKA, 15 Nov - Kejohanan Lumba Basikal Antara Perkhidmatan ATM 2019 telah diadakan di Kem Terendak Melaka mulai 11 Nov hingga 14 Nov 19. Kejohanan yang dianjurkan oleh Tentera Darat Malaysia ini merangkumi 3 kategori iaitu Kategori Lebuh Raya 80 Km, Mountain Bike 40Km dan Ujian Masa Berpasukan 40Km dimana setiap kategori menyumbang mata kepada mata keseluruhan pasukan.

Bagi acara Lebuh Raya 80Km juara keseluruhan ialah LK I PAP Mohd Zamri bin Salleh, tempat kedua ialah LK TNL Mohd Afiq Huznie bin Othman dan ketiga LK JJM Irwandie bin Lakasek seterusnya TLDM menjadi juara keseluruhan bagi acara tersebut.

Manakala pada hari kedua kejohanan bagi Acara Mountain Bike dimenangi oleh Koperal (U) Muadz bin Abd Rahim, Rgr Mohd Zahin bin Waahi di tempat kedua dan PW I Mohd Zukhri bin Tahir dari Tentera Darat Malaysia. Johan keseluruhan bagi acara tersebut jatuh kepada Tentera Darat Malaysia, manakala TLDM ditempat kedua dan TUDM di tempat ketiga.

Seterusnya pada hari ketiga kejohanan bagi Acara Ujian Lebuh Raya Berpasukan 40 km juara keseluruhan dimiliki TLDM dengan catatan masa 51 minit 31 saat, diikuti Tentera Darat Malaysia ditempat kedua dan TUDM di tempat ketiga.

Johan keseluruhan dengan mata terkumpul sebanyak 13 mata dimiliki TLDM seterusnya TDM dengan 11 mata dan TUDM dengan 3 mata.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kali ini disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para Brigadier Jeneral Hj Semaon bin Haji Marjuki dengan kehadiran dari MSAT, LSTD, Lekas, LSTU dan Pengerusi Persatuan Lumba Basikal setiap perkhidmatan.

Kejohanan yang diadakan ini berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini.

Last modified on Jumaat, 15 November 2019 10:27

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 362

Bulan ini 7685

Keseluruhan 641901

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM