Nov 15

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN)

prlPegawai Staf 1 PROTELA menyerahkan cenderahati kepada pihak PUSPEN

DENGKIL, 13 Nov - Provos Tentera Laut (PROTELA) dari Markas Tentera Laut telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor. Lawatan ini disertai seramai 30 orang pegawai dan anggota PROTELA dan Bahagian-bahagian lain dari Markas Tentera Laut yang diketuai oleh Pegawai Staf 1 PROTELA Kdr Mohd Zulkiflee bin Hj Markam TLDM.

Delegasi lawatan telah diberi taklimat khas oleh Timbalan Pengarah Operasi PUSPEN, Puan Hajariah binti Ibrahim tentang sejarah penubuhan, visi dan misi serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PUSPEN. Diikuti dengan sesi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Sjn Muhammad Amirul bin Mohd Sokri.

Tujuan inisiatif lawatan ini bagi memberi kesedaran kepada warga TLDM serta mengurangkan risiko penglibatan anggota agar tidak terjerumus di dalam gejala penyalahgunaan dadah. Lawatan ini disertai oleh pegawai dan bintara yang mampu untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada anggota-anggota lain agar ianya mampu memberi kebaikan bersama. Perkara ini perlu dititik beratkan agar program ini dapat memberi impak yang tinggi kepada segenap lapisan warga.

Lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak kesedaran tentang bahayanya najis dadah pada masyarakat kini serta terhadap mereka yang mengambilnya. Selain itu, ia sebagai satu langkah pencegahan dan pengawalan untuk unit laksanakan ke atas warga di bawah naungan ATM dalam penyalahgunaan dadah. Delegasi turut dibawa melawat ke asrama yang menempatkan pelatih PUSPEN, bilik kurungan dan fasiliti yang disediakan di sana.

Pada sebelah petang, pelatih telah membuat kejutan kepada delegasi lawatan dengan mempamerkan persembahan kawad yang sangat sempurna. Selepas itu, delegasi lawatan turut bersama bermain sukan bola tampar, ping-pong dan sepak takraw bersama pelatih. Pihak PUSPEN turut menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dalam usaha memerangi gejala dadah di dalam TLDM.

Sumber : Provos Tentera Laut, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Ahmad Muslihin bin Mohamad Umbaidah TLDM

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 15 November 2019 10:24

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 362

Bulan ini 7685

Keseluruhan 641901

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM