Nov 24

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ATM 1441H

MAULIDUR RASUL ATMBersemangat! Warga ATM berarak sempena sambutan Maulidur Rasul 
dari Kem KEMENTAH menuju Masjid Khalid Al-Walid

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sambutan bermula dengan perakan dimana para pegawai dan anggota dari ketiga perkidmatan berkumpul di Padang Kawad KEMENTAH sebelum berarak ke Masjid Khalid Al-Walid dengan iringan laungan selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW.

Sambutan Maulidur Rasul ini juga melibatkan Karnival Rahmah yang diadakan di Masjid Khalid Al-Walid. Dalam masa yang sama, pelancaran Kitab Al-Maghazi yang merupakan hasil kerjasama antara Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis Karnival Rahmah dirasmikan oleh Panglima Angktan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' SeriPanglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin yang turut menyampaikan hadiah kepada TDM yang dinobatkan sebagai johan keseluruhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM tahun ini.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MTL
Artikel   : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohamad Idris bin Suradi / LK II PNK Ahmad Kamal Hilmi bin Zulkarnin

Last modified on Isnin, 25 November 2019 01:05

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 362

Bulan ini 7685

Keseluruhan 641901

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM