Nov 26

MANFAATKAN LATIHAN BERTERUSAN SECARA TOTAL

PSSTLDM

Reservist Support Program (RSP) adalah salah satu inisiatif yang memberi pengalaman kerjaya kepada anggota Pasukan Simpanan Sukarela (PSSTLDM). Melalui program ini, anggota PSSTLDM berpeluang mengisi kekosongan perjawatan yang diperlukan di masa hadapan dalam pelbagai bidang.

Pada masa ini, terdapat beberapa pegawai yang sedang menjalani latihan berterusan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Tadbir dan Pegawai Staf 3 di unit-unit TLDM di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menimba ilmu dan pengalaman bekerja di unit-unit TLDM untuk diaplikasikan sekiranya diserap menjadi anggota tetap TLDM.

Menurut Lt M Tengku Husna Izzati binti Tengku Muhamad Fawzi, pengalaman yang ditimba selama 6 bulan menjadi latihan berterusan di KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) membuka peluang kepadanya untuk mengetahui selok belok pentadbiran TLDM dan KD SAAS itu sendiri.

“Banyak perkara baru yang dipelajari sepanjang menjalani latihan berterusan dan ia sangat bagus untuk warga PSSTLDM menambah ilmu untuk kegunaan masa hadapan kerana selain mempelajari urusan pentadbiran, aktiviti-aktiviti yang diadakan di unit ini juga menarik dan bagus untuk menambah ilmu baru”, tambah beliau yang memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir di KD SAAS.

Sumber : Bahagian Pasukan Simpanan
Artikel   : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto      : Seksyen Komunikasi Strategik PHN

Last modified on Khamis, 28 November 2019 04:07

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 362

Bulan ini 7685

Keseluruhan 641901

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM