Jan 09

MPA BARAT RAIKAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI

Pemakaian Pangkat 1Panglima Armada Barat mematri kenangan bersama 7 Pegawai
yang menerima kenaikan pangkat hari ini

LUMUT, 3 Jan – Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat baharu bagi lima orang pegawai kanan TLDM dan seorang pegawai PSSTLDM di serambi hari ini. Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri warga Navy People yang berkhidmat di Markas Pemerintahan Armada Barat, Armada Barat TLDM dan unit bawah naungan.

Senarai pegawai yang menerima kenaikan pangkat seperti berikut:

Komander kepada Kepten TLDM
1. Kept Harisundar a/l Rajoo TLDM – Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

Leftenan Komander ke Komander TLDM
2. P/Kdr Abdul Hadi bin Abdul Rahman TLDM – AKS Komunikasi dan Sistem Informasi, MPA Barat.
3. P/Kdr Ahmad Kamal bin Abrahim TLDM – Pegawai Staf Prestasi, MPA Barat.
4. P/Kdr Fairul bin Mohd Shukor TLDM – Pegawai Memerintah SKN 502.
5. P/Kdr Mohd Firdaus bin Mohd Hassan TLDM – Pegawai Memerintah KD LAKS TUN ABDUL JAMIL.
6. P/Kdr Adi Azlihisyam bin Sudin TLDM – Pegawai Memerintah KD LEDANG.

Leftenan Madya ke Leftenan PSSTLDM
7. Lt Intan Sakinah binti Ismail PSSTLDM – Pegawai Staf Teknologi Maklumat, MPA Barat.

Dalam majlis yang sama, upacara serah tugas Pegawai Kanan Skuadron Penangkis Periuk Api ke 26 turut dilaksanakan serta disaksikan oleh Panglima Armada Barat. Lt Kdr Mohd Reduan bin Osman TLDM, Pegawai Memerintah KD KINABALU telah menyerahkan pemerintahan dan kekananan skuadron kepada P/Kdr Adi Azlihisyam Sudin TLDM yang kini memerintah KD LEDANG.

Dalam ucapan ringkas beliau, Panglima Armada Barat telah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai yang telah dinaikkan pangkat dan turut menyatakan harapan beliau kepada pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat ini. Semoga kenaikan pangkat ini terus menyuntik semangat warga Navy People untuk terus cemerlang dan gemilang bersama perkhidmatan.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Khamis, 09 Januari 2020 05:12

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 65

Semalam 796

Bulan ini 2875

Keseluruhan 796535

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM