Jan 09

MPA BARAT OPTIMIS KEKAL PRESTASI WALAUPUN TERIMA BARISAN KEPIMPINAN BAHARU

Pemakaian Pangkat 2We wish you well, Selamat Maju Jaya buat kesemua mantan AKS MPA Barat

LUMUT, 7 Jan – Empat bahagian pentadbiran penting di Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) menerima kehadiran Asisten Ketua Staf baharu hari ini. Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah, Panglima Armada Barat hadir menyempurnakan majlis serah tugas dan upacara penurunan dan pemakaian insignia pemerintah bagi keempat-empat pegawai kanan yang baru melapor dan mengambil alih jawatan penting ini. 

Majlis serah terima tugas ini telah dimulakan dengan jawatan berikut:

Asisten Ketua Staf Tadbir
Kdr Mohd Sharedzwan bin Saharuddin TLDM kepada Kdr Mohd Hizan bin Mohd Yusoff TLDM

Asisten Ketua Staf Logistik
Kdr Faizatul Shima binti Harun TLDM kepada Kdr Mohd Nazree bin Haji Mohd Noor TLDM

Asisten Ketua Staf Peperangan
Kdr Sugenderan a/l Nagalan TLDM kepada Kept Muhamad Shakir bin Salleh TLDM

Asisten Ketua Staf Komunikasi dan Sistem Informasi
Kdr Abdul Hadi bin Hj Abd Rahman kepada Kdr Shamsuddin bin Hamdani TLDM

Dalam ucapan ringkas beliau, Panglima Armada Barat telah menzahirkan ucapan terima kasih terhadap mantan Asisten Ketua Staf yang telah berkhidmat bersama beliau dalam memacu kecemerlangan MPA Barat. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai yang telah dilantik dan seterusnya menyatakan hasrat dan hala tuju kepimpinan beliau bagi tahun 2020 selain turut mengajak kesemua Pegawai Kanan dan warga Navy People yang berkhidmat di MPA Barat untuk meningkatkan prestasi dan kekal optimis dalam mencapai kejayaan dalam tahun 2020.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Khamis, 09 Januari 2020 09:18

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 94

Semalam 517

Bulan ini 12007

Keseluruhan 661449

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM