Jan 10

303 WARGA NAVY PEOPLE NAIK PANGKAT

Gambar1JLAKS Lumut dan barisan BAKAT (L) Lumut bergambar kenangan bersama
warga Navy People yang dinaikkan pangkat

LUMUT, 7 Jan – Cipta kelainan! Majlis Pemakaian Pangkat Bersepadu melibatkan 303 warga Navy People daripada pelbagai unit dan kapal TLDM di Pangkalan TLDM Lumut selesai dilaksanakan hari ini. Seawal jam 8.00 pagi, warga yang diraikan memenuhi ruang Auditorium M. Sidek Shabudin bersama pasangan dan keluarga.

Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah bersama kesemua Jawatankuasa Lakasamana Lumut telah menghadiri majlis ini dan seterusnya menyempurnakan upacara pemakaian pangkat bagi warga Navy People yang terlibat. Upacara ini telah dimulai dengan pemakaian pangkat Komander TLDM kepada Komandan Pusat Latihan PASKAL iaitu Lt Kdr Mohd Akhbar bin Mohd Yusof TLDM dan Kapt (TDM) Noorshahrizal bin Mohamad Nawawi daripada KD PELANDOK. Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh warga Navy People yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut.

Dalam majlis ini, Panglima Armada Barat turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga yang telah dinaikkan pangkat. Beliau turut menyeru warga untuk terus berusaha dan bersama menggembleng tenaga agar hasrat dan matlamat kepimpinan TLDM dapat dicapai. Beliau turut mengimbas kembali segala pencapaian dan kejayaan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan mengharapkan kesemua warga terus komited untuk memberikan yang terbaik bagi segala program yang telah dirancang pada 2020.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Jumaat, 10 Januari 2020 08:35

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 104

Semalam 517

Bulan ini 12017

Keseluruhan 661459

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM