Jan 10

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN MERAIKAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR

7Sesi Bergambar Bersama Pegawai Wakil Tentera laut dan Pegawai Laksana

KUCHING, 10 Jan – Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota PWTL dan PSTL Kuching telah disempurnakan oleh Lt Kdr Nurul Azmin bin Kamaruddin TLDM, Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching di PWTL Kuching pada jam 0830H.

Majlis dimulakan dengan acara pemakaian pangkat bagi 1 x anggota PSTL Kuching dan 2 x anggota PWTL Kuching iaitu LK PNK Ahmad Faizal bin Zariah, dinaikkan ke pangkat P/BM, LK I PRL Ahmad Faizal Lubis bin Banua Lubis dan LK I TNL Akmal Hakim bin Roslan dinaikkan ke pangkat LK mulai 1 Jan 2020.

Seterusnya majlis penyampaian cenderahati kepada anggota yang bertukar keluar iaitu BM TNL Mohamad Firdaus bin Mustafa, LK KOM Mohamad Razif bin Mohd Fakir dan LK I TNL Nurul Syafiqah bt Hamid.

Majlis diikuti dengan bacaan doa oleh LK PRL Ahmad Faizal Lubis bin Banua Lubis bagi memberkati majlis dan diteruskan dengan ucapan serta kata-kata amanat oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching. Semoga dengan kenaikan pangkat dan pertukaran tempat bertugas ini anggota lebih komited dan memberi sumbangan yang padu serta kerjasama yang baik dalam mengharumkan nama baik unit PWTL Kuching khasnya dan TLDM amnya. Majlis selesai pada jam 0930H dengan sesi jamuan ringan dan sesi bergambar.

Sumber : PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Last modified on Jumaat, 10 Januari 2020 08:56

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 97

Semalam 517

Bulan ini 12010

Keseluruhan 661452

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM