Feb 07

“BERSUKAN SAMBIL BERIADAH”

Wisma Anchor PointPegawai Wisma Anchor Point yang telah memeriahkan aktiviti
sukan pegawai MAWILLA 2

SANDAKAN, 5 Feb – Wisma Pegawai Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Wisma Anchor Point (WAP) sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sukan dan aktiviti riadah antara pegawai-pegawai di MAWILLA 2 bersempena pelaksanaan aktiviti sukan pada petang hari Rabu setiap minggu.

Walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen tugas harian di pejabat atau pun di kapal, ruang dan waktu yang diperuntukkan ini telah digunakan oleh para pegawai MAWILLA 2 dengan menganjurkan Pertandingan Dart Master Bulan Februari yang melibatkan ahli-ahli WAP. Sungguh pun sebahagian peserta yang mengambil bahagian di dalam pertandingan ini tidak mempunyai skil yang tinggi di dalam sukan dart, namun atas semangat kesukanan, pertandingan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam ucapan oleh Yang Di-Pertua (YDP) WAP Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM, beliau berterima kasih kepada ahli-ahli WAP yang hadir dan mengambil bahagian di dalam aktiviti ini walaupun masing-masing mempunyai komitmen dan tugasan yang lain sehingga ada di kalangan ahli yang hadir masih dengan berpakaian uniform kerja. YDP WAP turut berharap agar aktiviti riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya dilihat mampu menjadi medan untuk para pegawai di Pangkalan TLDM Sandakan mengeratkan perhubungan yang sedia ada di samping melaksanakan aktiviti sukan yang menyihatkan badan.

Dengan penganjuran aktiviti sebegini di wisma pegawai, ianya juga dapat memastikan sesebuah wisma itu sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti dan interaksi di kalangan ahlinya dan meneruskan tradisi Tentera Laut yang telah dipraktikkan sejak sekian lama. Kesibukan dalam pelaksanaan tugas tidaklah menjadi alasan utama kepada seseorang itu untuk tidak bersukan dan beriadah.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel   : Lt Kdr Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Foto      : LK l TLR Ahmad Shukri bin Samad

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 07 Februari 2020 04:16

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 476

Semalam 762

Bulan ini 6442

Keseluruhan 774873

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM