Feb 07

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS ASISTEN MARSYAL PROVOS

Penyerahan TongkatSimbolik penyerahan tongkat disaksikan oleh Laksma Khir Junaidi bin Idris

LUMUT, 5 Feb - Majlis Serah Terima Tugas Asisten Marsyal Provos (AMP) telah dilaksanakan bertempat di Serambi Provos Tentera Laut (PROTELA) Lumut. Majlis telah disaksikan oleh Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL), Yang Berbahagia Laksamana Pertama Khir Junaidi bin Idris. Setibanya KOMPAL di Bangunan Pentadbiran PROTELA Lumut, beliau telah disambut mesra oleh Komander (Kdr) Farizan bin Hussain TLDM serta tetamu jemputan. Sejurus ketibaan, KOMPAL kemudiannya menandatangani buku pelawat memandangkan ini merupakan lawatan rasmi beliau yang pertama ke unit ini.

Majlis Serah Terima Tugas dimulai dengan pelaporan untuk meneruskan acara di Serambi PROTELA Lumut. Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran warga PROTELA Lumut ini dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh KOMPAL.

Selesai upacara tersebut, majlis diteruskan dengan penyerahan Sijil Serah Terima Tugas antara Kdr Farizan bin Hussain TLDM dan Lt Kdr Zuraimi bin Moktar TLDM selaku Pemangku Asisten Marsyal Provos. Upacara menurun dan menaikkan insignia Pemerintah pula disempurnakan oleh KOMPAL dan simbolik penyerahan tongkat dilaksanakan selepas upacara tersebut.

Dikesempatan ini juga, KOMPAL turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kdr Farizan TLDM yang telah menjawat jawatan sebagai AMP selama 2 tahun 2 bulan dan 12 hari manakala mengharapkan agar Lt Kdr Zuraimi TLDM dapat memberikan komitmen yang tinggi sepanjang memangku tugas.

Selain itu, KOMPAL juga turut menyampaikan sumbangan daripada Markas Pangkalan Lumut kepada anggota PROTELA Lumut iaitu LK PAP Asrol bin Sabri yang mana rumah ibu bapanya terbakar.

Sumber : PEJABAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Artikel   : LK PBS Kamarulzaman Bin Darus
Foto      : LK PBS Kamarulzaman Bin Darus

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 07 Februari 2020 05:15

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 464

Semalam 654

Bulan ini 9370

Keseluruhan 674454

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM