Mac 13

UPS TLDM Timur dan PSTL Labuan terima Pegawai Memerintah baharu

UPS TLDMPanglima Logistik Timur menyaksikan penyerahan nota Serah Terima Tugas
Pegawai Memerintah UPS TLDM dan PSTL Labuan baharu

LABUAN, 9 Mac – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah UPS TLDM Timur dan PSTL Labuan telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Kdr Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM dengan rasminya telah mengambil alih tampuk pemerintahan UPS TLDM Timur dan PSTL Labuan daripada Kdr Mohd Zalmi bin Zamberi TLDM.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Nota Serah Terima Tugas di antara mantan Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah yang baharu sambil disaksikan oleh Panglima Logistik Timur (PANGLOT) Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi. Seterusnya, PANGLOT telah menyempurnakan upacara penurunan Insignia Pemerintahan daripada mantan Pegawai Memerintah dan Pemakaian Insignia Pemerintahan kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Sebagai simbolik peralihan tampuk pemerintahan, Mantan Pegawai Memerintah telah menyerahkan throttle yang berada dalam posisi Neutral (disengage) kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Kemudian, throttle tersebut ditolak ke posisi Full Ahead sambil disaksikan oleh semua warga yang hadir.

Dalam ucapan PANGLOT berkata sesungguhnya pelantikan ini melambangkan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk kepimpinan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap kewibaan seorang pegawai untuk menjawat tugas sebagai seorang Pegawai Memerintah. PANGLOT percaya Pegawai Memerintah dapat melaksanakan tugas yang penuh cabaran berbekalkan keazaman, kesabaran, keberanian dan komitmen yang sangat tinggi dan jitu bagi mencapai sasaran kerja yang dirancang.

Di dalam ucapannya juga, PANGLOT turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada mantan Pegawai Memerintah, Kdr Mohd Zalmi bin Zamberi TLDM yang telah menerajui unit selama 2 tahun dan 11 bulan. Banyak pencapaian yang membanggakan sepanjang pemerintahan beliau dalam mendukung Misi dan Visi Unit dan Markas Logistik Timur. Tanpa komitmen dan kesungguhan, ianya ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai tanpa komitmen dan sokongan daripada warga UPS TLDM Timur dan PSTL Labuan.

Sumber : UPS TLDM Timur
Artikel   : Lt Dya Mohd Amirul Fadly bin Jaunidi TLDM
Foto      : LK I PRL Muhammad Alif Akmal bin Badrul Hisam

Last modified on Jumaat, 13 Mac 2020 03:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 463

Semalam 762

Bulan ini 6429

Keseluruhan 774860

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM