Mac 19

PERTANDINGAN AKHIR KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) TAHUN 2020

KIK UtamaTeliti. Peserta KIK membuat penerangan projek kepada panel penilai

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Pertandingan akhir Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat TLDM tahun 2020 telah berlangsung dari 17 hingga 18 Mac bertempat di KD SRI GOMBAK dan disertai oleh 52 tim KIK yang mewakili Markas Pemerintahan masing-masing.

Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) secara amnya diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan dalam penghasilan projek inovasi terbaik dalam TLDM. Penghasilan projek-projek inovasi ini adalah berpandukan kepada konsep Horizon baharu KIK.

Objektif utama yang ingin dicapai adalah memilih dan mengiktiraf projek KIK terbaik TLDM selain memberi pededahan dan pengalaman kepada peserta tentang teknik persembahan yang lebih berkesan sebelum ke pertandingan KIK di peringkat lebih tinggi.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Foto      : LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 19 Mac 2020 04:33

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 471

Semalam 762

Bulan ini 6437

Keseluruhan 774868

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM