Apr 27

OP ROTAN - MENGIRINGI PFLNG DUA

PFLNG DuaTenang. Pemandangan PFLNG DUA dari KD LEKIU

LUMUT, 30 Jan - OP ROTAN merupakan operasi yang telah ditugaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) khasnya bagi mengiringi struktur mega PETRONAS Floating Liqufied Natural Gas (PFLNG) DUA milik Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Operasi ini telah diaktifkan bermula 15 Feb hingga 3 Mac 20 dan berkonsepkan Op Iring yang melibatkan aset TLDM iaitu KD LEKIU, pesawat Super Lynx dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) bagi mengiringi PFLNG DUA dari Samsung Heavy Industry (SHI), Geoje, Korea Selatan ke Medan Rotan yang terletak 120 batu nautika Timur Laut Labuan.

PFLNG DUA merupakan struktur mega kemudahan gas asli cecair terapung PETRONAS yang telah siap dibina di Samsung Heavy Industry (SHI), Geoje, Korea Selatan dan juga telah memulakan pelayaran pertama pulang ke tanah air bermula 18 Feb hingga 3 Mac 20 yang diiringi oleh KD LEKIU selama 15 hari. PFLNG DUA juga disokong oleh 3 buah kapal tunda berbendera Singapura sepanjang pelayaran tersebut.

Dengan penugasan sejauh 6100 Batu Nautika selama 31 hari, Penglibatan TLDM secara amnya adalah memberi perlindungan keselamatan kepada struktur PFLNG DUA bagi memastikan ia selamat tiba di Medan Rotan, Sabah. Ianya telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil kira kepentingannya kepada ekonomi negara dan juga risiko dari ancaman luar berikutan nilai aset yang tinggi.

Antara persediaan bagi misi OP ROTAN adalah pelaksanaan Force Protection Measure (FPM), PASKAL Insertion Training, Medical Evacuation (MEDEVAC) dan perbincangan Table Top Exercise (TTX) antara TLDM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Delegasi Petronas dan juga Tim Projek PFLNG DUA bagi memastikan segala aspek keselamatan telah diambil kira beserta konsep pelaksanaan OP ROTAN sepanjang penugasan aset TLDM. KD LEKIU telah berlepas dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) pada 30 Jan 20 dan tiba di Geoje, Korea Selatan pada 12 Feb 20 sebelum memulakan pelayaran mengiringi PFLNG DUA pada 18 Feb 20.

Selain itu, KD LEKIU juga berkesempatan untuk berinteraksi bersama TYT Dato’ Mohd Ashri selaku Duta Malaysia di Korea Selatan, pihak pengurusan tertinggi PETRONAS dan delegasi Republic of Korean Navy (ROKN) semasa Majlis Resepsi di Geladak Penerbangan KD LEKIU. Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan. Majlis telah disempurnakan dengan ucapan penghargaan oleh Kept Shaiful Nizam bin Abdul Manan TLDM selaku Pegawai Memerintah KD LEKIU.

Dengan pelayaran selama 15 hari, OP ROTAN telah ditamatkan setiba struktur PFLNG DUA di Medan Rotan, Sabah pada 3 Mac 20. Operasi ini merupakan antara pencapaian TLDM dan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa TLDM sentiasa komited dengan misinya iaitu “Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Negara”.

Sumber : Perhubungan Strategik Markas Armada Barat
Artikel   : Lt Dya Az-Zahrawi bin Ismail @ Yusri TLDM
Foto      : KD LEKIU

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 27 April 2020 06:44

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 103

Semalam 796

Bulan ini 2913

Keseluruhan 796573

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM