Jun 29

MALACCA STRAIT PATROL EXERCISE 2020

Ex MSP UTAMAEksesais kali ini dilaksanakan dengan norma baharu berikutan
dengan wabak COVID-19

SINGAPURA, 26 Jun - Baru-baru ini telah berlangsungnya Malacca Strait Patrol (MSP) Exercise 2020 mulai 23 hingga 25 Jun 20. Eksesais telah dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) iaitu eksesais atas talian sepenuhnya menggunakan IFC Real-time Information-sharing System (IRIS) di antara Markas Pemerintahan Armada Barat di Lumut, Information Fusion Centre (IFC) di Singapura, Naval Area Command 3 (NAC3) Centre di Thailand dan Gugus Tempur Laut 1 di Jakarta, Indonesia.

Eksesais ini dilaksanakan untuk mengaplikasikan perkongsian maklumat di antara Pusat Operasi berlandaskan MSP Standard Operating Procedure, mewujudkan elemen sense making dan tindakan susulan dalam menangani situasi semasa ancaman keselamatan maritim di Selat Melaka dan Selat Singapura serta meningkatkan kemahiran pengunaan IRIS yang merupakan portal untuk perkongsian maklumat MSP.

Sebanyak 13 senario telah diuji cuba melibatkan pelbagai perspektif keselamatan maritim yang berlaku di perairan Selat Melaka dan Selat Singapura. Ia termasuklah 7 kejadian Sea Robbery/ Sea Theft, 1 Maritime Incident, 1 Illegal Unregulated Unregistered Fishing, 2 Illegal Human Migrations, 1 Contraband Smuggling dan 1 kejadian berkaitan keselamatan alam sekitar. Kesemua senario yang disimulasikan adalah berdasarkan rekod-rekod kejadian sebenar dan trend ancaman keselamatan maritim semasa.

Inisiatif MSP merupakan kerjasama ketenteraan strategik di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang memberi fokus terhadap keselamatan maritim di perairan Selat Melaka dan Selat Singapura. Di bawah inisiatif ini, 3 kumpulan kerja diwujudkan iaitu Malacca Strait Sea Patrol (MSSP), Intelligence Exchange Group (IEG) dan Eye in The Sky (EiS).

Selain pegawai perantara di IFC, penglibatan ATM khususnya TLDM dalam eksesais kali ini termasuk Tim MSSP di Pusat Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, Tim IEG di Markas Angkatan Bersama, Cawangan Perisikan Laut, serta pemerhati daripada Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan.

Secara keseluruhannya, eksesais telah dilaksanakan dengan jayanya walaupun rantau ini masih lagi berhadapan cabaran kerja dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19. Setiap Pusat Operasi dan peserta yang terlibat dapat menggunakan IRIS dengan baik, respon dan maklum balas tindakan di lapangan adalah lancar dan perkongsian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan di antara keempat-empat negara.

Keselamatan maritim di perairan Selat Melaka adalah kritikal kepada kestabilan maritim di rantau ini terutama dalam menyokong kelangsungan industri perkapalan dan perdagangan maritim antarabangsa. Justeru, komitmen dan kerjasama MSP perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan trend ancaman yang dinamik dan semakin kompleks.

Sumber : Information Fusion Centre, Singapura
Artikel   : Lt Kdr Muhammed Syaifful Hanif bin Jamaludin TLDM
Foto      : IFC

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 29 Jun 2020 08:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 420

Semalam 836

Bulan ini 1256

Keseluruhan 769687

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM