Jul 08

20 WARGA NAVY PEOPLE KINI BERGELAR SUBMARINER TLDM

Kapal Selam UTAMASubmariner TLDM yang baharu bergambar kenangan bersama
Panglima Tentera Laut

TELUK SEPANGGAR, 7 Jul – 20 pelatih Kursus Kelayakan Kapal Selam Tahap 1 (KKKS 1) yang terdiri daripada 7 Pegawai dan 13 Anggota Lain-lain Pangkat kini layak menyemat Lencana Kepakaran Kapal Selam di dada apabila diiktiraf sebagai seorang ‘Submariner TLDM’ hari ini.

Majlis pemakaian lencana kepakaran ekslusif ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dalam satu majlis di Auditorium Markas Pemerintahan Kapal Selam. Pemakaian lencana kepakaran kapal selam ini merupakan satu tradisi dan kebanggaan kepada semua yang bergelar ‘Submariner TLDM’.

Sebagai info tambahan, sehingga kini Pusat Latihan Kapal Selam yang telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu telah berjaya melahirkan seramai 276 orang warga Navy People yang berkemahiran serta mampu mengoperasikan kapal selam milik TLDM. Dengan matlamat melahirkan submariner yang kompeten dan bertaraf dunia, setiap pelatih perlu melalui beberapa fasa Latihan Teori selama 10 bulan di Pusat Latihan Kapal Selam. Seterusnya, setiap pelatih wajib menjalani Latihan Sambil Kerja selama 8 bulan di kapal selam TLDM sebelum diuji dan dinilai untuk diiktiraf layak untuk berkhidmat bersama Angkatan Kapal Selam.

Panglima Tentera Laut dalam ucapan beliau menyatakan ucapan tahniah kepada 20 pelatih yang telah menerima lencana tersebut selain turut berharap warga Angkatan Kapal Selam TLDM seluruhnya berterusan memberikan perkhidmatan terbaik demi kepentingan dan kedaulatan maritim negara. Beliau turut menyatakan hasrat agar pembangunan Angkatan Kapal Selam TLDM dapat diteruskan dengan teratur dan holistik agar setanding dengan angkatan kapal selam negara-negara yang jauh lebih maju dan berpengalaman.

Sumber : Pegawai Komunikasi Strategik MPA Timur

 

Last modified on Rabu, 08 Julai 2020 04:06

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM