Jul 15

TIGA PEGAWAI TLDM TERIMA KENAIKAN PANGKAT

PTKK UtamaWajah ceria Pegawai TLDM yang menerima kenaikan pangkat hari ini

TELUK SEPANGGAR, 13 Jul – Tiga pegawai TLDM hari ini menerima kenaikan pangkat ke Leftenan Komander TLDM dengan kekananan bermula 25 Jun 20.

Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah di Serambi Markas Pemerintahan Armada Timur hari ini. Pemakaian pangkat ini merupakan satu pengiktirafan dan lambang kebanggaan kepada kesemua Navy People. Ini turut mempamerkan TLDM sentiasa memberi ruang dan sokongan dalam laluan kerjaya warganya yang dapat mempamerkan komitmen, keperibadian serta pencapaian terbaik

Dalam majlis yang sama, Panglima Armada Timur turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai yang telah dinaikkan pangkat. Beliau turut berharap dengan pengiktirafan dan suntikan semangat ini, warga Navy People akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan dan seterusnya berganding bahu menggembleng tenaga bersama pucuk pimpinan bagi mempertingkat imej TLDM.

Sumber : Pegawai Komunikasi Strategik MPA Timur

 

Last modified on Rabu, 15 Julai 2020 00:18

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM