Jul 20

KD SRI SEMPORNA RAI SAMBUTAN PENTAULIAHAN KE-15

Penanaman Kapsul MasaPenanaman kapsul masa oleh Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA

SEMPORNA, 15 Jul – KD SRI SEMPORNA – Unit 2 PASKAL telah menjayakan Sambutan Hari Pentauliahan Pasukan kali ke-15 mulai 3 hingga 15 Jul 20 telah berlangsung dengan meriah.Sepanjang berlangsungnya sambutan ini, beberapa aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara sambutan yang telah dijalankan adalah:

  • Kejohanan Bola Tampar Piala Pegawai Memerintah
  • Pertandingan Rekacipta Poster
  • Pertandingan Tarik Tali
  • Perbarisan Pentauliahan
  • Penanaman Kapsul Masa
  • Hari Penghargaan Warga
  • Sesi Bicara Orang Lama
  • Chamber Dive
  • Pertandingan Menembak Pistol Antara Agen

Kemuncak sambutan HUT KDSM pada kali ini adalah pada 12 Jul 20 bersesuaian dengan kematangan pasukan yang telah menjangkau usia 15 tahun sejak ianya ditauliahkan pada 2005 oleh TYT Negeri Sabah pada ketika itu.Angka 15 tahun ini juga jelas memperlihatkan kecemerlangan serta kejayaan yang terus digarap oleh keseluruhan Navy People di pasukan ini.

Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti telah berjalan dengar lancar dan dilaksanakan dengan cemerlang.Pegawai Memerintah KDSM, Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM di dalam ucapannya berhasrat agar kecemerlangan pasukan ini terus dikekalkan dalam memastikan kesiagaan aset serta modal insan dapat diteruskan bagi mendukung visi TLDM di dalam menjadi Tentera Laut bertaraf dunia.

Sumber : Unit Perhubungan Raya KD SRI SEMPORNA -Unit 2 PASKAL
Artikel   : Lt Dya Ahmad Irfan Afif bin Azeman PSSTLDM
Foto      : LK TLR Ahmad Zaki bin Rail

Klik ke galeri

Last modified on Selasa, 21 Julai 2020 07:33

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 711

Semalam 801

Bulan ini 8582

Keseluruhan 802242

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM