Jul 24

MAJLIS PERISYTIHARAN SOLAT JUMAAT MASJID AN-NUR PANGKALAN TLDM LUMUT

gambar utama Perkongsian. Sahibus Saadah Dato’ Hj As’ad bin Awang sempat
menyampaikan tausiyah kepada jemaah yang hadir

LUMUT, 17 Jul - Markas Pangkalan Lumut telah menganjurkan Majlis Perisytiharan Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut setelah ditangguhkan sementara waktu kerana kerja naik taraf dan baik pulih. Majlis perisytiharan telah disempurnakan oleh Sahibus Saadah Dato’ Hj As’ad bin Awang, Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Majlis turut dihadiri Yang Di Hormati Toh Seri Bijaya Lt Kol (B) Dato’ Shaharudin bin Hj Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung dan Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah, Panglima Armada Barat Merangkap Penaung Masjid An-Nur. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) Lumut, Ketua-ketua jabatan sekitar Lumut dan warga Navy People Pangkalan TLDM Lumut.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Laksma Dato’ Anuar Bin Hj Alias Pengerusi Masjid An-Nur. Dalam ucapan beliau menyatakan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf masjid ini telah bermula sejak 27 disember 2016 dan siap pada 30 jun 2020 dengan menelan belanja RM 7.8 juta. Kerja naik taraf ini melibatkan penambahan pada ruang solat di bahagian kiri dan kanan tingkat atas masjid, yang dapat menampung kapasiti jemaah dari 2500 orang kepada 3500 orang.

Seusai ucapan Pengerusi Masjid, majlis diteruskan dengan Peristiharan Solat Jumaat oleh Sahibus Saadah Dato’ Hj As’ad bin Awang dan sebelum itu beliau telah menyampaikan tausiyah sebagai perkongsian tazkirah kepada para hadirin. Majlis diteruskan dengan Solat Jumaat dan khatib serta Imam Solat Jumaat pada hari tersebut telah dipimpin oleh Kol Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad, Pengarah Agama Markas Tentera Laut.

Selesai Solat Jumaat, para tetamu jemputan beredar ke Wisma Samudera untuk majlis makan tengahari dan penyampaian cenderahati kenangan.

Sumber : Pejabat IT Mk PL

Last modified on Jumaat, 24 Julai 2020 11:40

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 703

Semalam 801

Bulan ini 8574

Keseluruhan 802234

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM